Audit dulu sebelum korang flush itu benda..

Amaran sebelum membaca entry ini, sila pastikan anda bukan sedang makan.

Sesiapa yang pernah jadi roomate aku tentu tau tabiat aku yang suka bergelap. Duduk dlm bilik tak suka lampu terang-terang. Mandi pagi-pagi pun tak suka buka lampu bilik air. Ntahla, aku rasa selamat dan dan sangat selesa bila gelap atau cahaya suram.. Bila terang aku rasa tak best.

Aku sebenarnya nak cerita tentang najis. Hahaha! Iye, najis atau tahi atau taik korang selalu sebut. Seperti yang aku cakap, ketika melabur aku tak bukak lampu. Tp menjadi habit aku untuk melihat pelaburan aku sebelum aku flush hahaha. Bukan ape, takut rindu hahaha. Tadi aku sangat  tekejut beruk sbb tgok mak oii hitam giler kaler dia. Bayangkan, dalam suram2 cahaya tu pun aku leh nampak kaler dia luar biasa gelap. So aku on lah suis lampu. Sori kalo korang geli, tapi aku nk cerita dia punya hitam tu sampai aku nyer mangkuk tandas tu mcm kena conteng arang. Aku ni biasalah, takut dan panik lah. Aku mcm dah perasan semalam tapi nak tunggu tgok hari ni punya dulu baru nak panik-panik hehehe.Dahler sorang opismate aku baru kena diagnosed ada kanser usus besar. Tanpa melengahkan masa aku terus on pc dan menggoogle ‘najis warna hitam’. Err.. lupa nak bagitau, aku dah cuci semua yg patut tau sblum kuar jamban, heheheh.

Syukur alhamdulillah, penemuan aku melegakan hati. Heheh, aku baca kat sini rupanya najis warna hitam mcm tar tu kesan daripada pengambilan zat besi/iron yang doktor prescribe kat aku. Dia ckp hemoglobin aku rendah. Ntahlah, yang tu aku tak kaji banyak2. Tapi sejak balik dari hospital tu mmg laa husband aku asyik kerja masak sayur bayam, daging ngan kuey tiaw kerang, ikut nasihat doktor agaknya. Nak makan hati lembu mcm tak sedap laa pulak aku rasa.. tapi keras rebus mmg sedap. Nyumm nyumm slurrrrpp

Papepun, aku harap yg jadi kaler hitam tu benda dalam usus besar ajelah.. benda2 yang lain harap2 takler jadik hitam mcm tu.. mintak dijauhkan huhuhuhu…

Advertisements
This entry was posted in Kesihatan and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Audit dulu sebelum korang flush itu benda..

  1. amisah says:

    sabo je lah mak buyung ni… sib baik time bace aku dah lame sarap… chit!

    ooooo… pasal suke bergelap tu, aku pun ada habit macam tuh…
    aku pulak sebab xnak rase panas… lampu tuh kan boleh menyebabkan ruang menjadi panas…

    pasal tuuuttt pulak, aku memang x pernah tengok dan trus flush! abis cerita.. hahahahha…..

  2. mast says:

    ui.. memang kalo amik folic acid najis akan hitam sehitam hitamnya.. sekian.. tunggu sampai 9 bulan la camtu.. kira baik jugak ko x kena sembelit.. lagi payah

  3. tuty says:

    mmg kalau amik iron supplement najis akan kluar gelap.. haha itu normal sbb body tak absorb semua. pastu aku nak ckp ni, aku pnah baca pasal hati.. aku rasa tak payah kut mkn hati utk extra iron. sedangkan islam pun tak galakkan mkn benda2 dalaman ni kan.. kau boleh mkn kurma utk option tambahkan darah tu. kalau kau jenis mcm aku tak suka mkn kurma, buat la jus/milkshake kurma. sodap~!

  4. Lady K says:

    hehe aku jarang skali tgk sbb aku pnh baca somewhere klu tgk kencing/najis nnt cepat jadi pelupa tapi.. aku still gak pelupa ni cemana ni hahaha

    dulu time thn 2 kot aku pnah try derma darah tapi tak pass, smthg psl hemoglobin. aku pon mula la bukak blik buku science: daging boleh tlg dlm hal ni. since then aku dah ley derma darah! 😀

    kurma jugak boleh tambahkan susu so maybe ko ley start skrg utk bikin kilang susu ko productive! 😀

  5. ashka says:

    wow kilang susu, i like. hahaha tergelak i baca entry u ni anem. nasib baik dah lepas makan. eh tapi memang bilik kau sentiasa gelap, aku tahu itu!

  6. t.u-ty says:

    masa aku duks ama bilik dgn anim, aku mcm tak perasan hanim suka bergelap.. ke aku yg suka bukak lampu? sbb tu ke kau tak suka duduk bilik anim? hahahha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s