Some update

Aku baru bangun dari tidur. Tak lena langsung sebab hubby asyik dtg kejut suh bangun mandi. Lepas aje solat maghrib tadi aku terus melompat atas katil dengan tuala mandi tersidai di bahu. Aku tiba-tiba jadi malas sejak projek ayam masak merah aku petang tadi jadi ayam masak oren. Aku hidang untuk hubby 4 ketul pahtu masuk bilik sebab mood down masakan tak menjadi. Jap lagi aku keluar nak kacau nestum dah licin! Dia beriya-iya cakap sedap. Aku geleng kepala aje. Tapi bila malam ni akak aku pun cakap sedap, hmm betul laa kot. Tapi aku tak makan pun ayam tu, nak muntah aku tengok kaler dia. Aku sebenarnya nakkkk sangat makan ketam masak lemak tapi cari ketam tak jumpa.. sob sob..

Sekarang hubby takde. Dia keluar main futsal dengan gang movement. Aku memang plan nak ikut dia jumpa kawan-kawan tapi aku belum buat homework untuk outing ke Genting esok. Battery pun aku tak caj lagik. Kalo besok sedang asyik menembak battery out, habislah. So tinggallah aku kat rumah ni buat kerja aku sambil tunggu dia pulang bersama susu yang aku kirim.. kalau dia ingatlah..

Portugal dah out. Frust jugak tapi takpe, tapi aku tak rasa pulak nak beralih sokong Germany.Mungkin aku patut join hubby sokong Spain tapi Holland pun ok jugak. Itali tak mungkin pasal aku benci. Thanks to Materazzi pasal buat Zizou dulu.

Minggu lepas ada amoi lompat tinggi kat apartment aku. Dari tingkat 17 sampai ground out terus. Banyak problem.. boyfriend, family dan karier di kelab malam Metro yang tulis. Hai.. macam-macam.

Oh ya! Hari ni aku potong rambut hihihi best best. Aku tak biasa potong rambut pendek tapi pasanganku sangat suka. Aku ingat lelaki suka perempuan dengan rambut panjang mengurai. Atau mungkin dia rasa rambut panjang aku tu selekeh kot pasal aku memang tak bela sangat pon. So lady, you better be extra concious about your hair or your hubby will drag you to the nearest salon to get a hair cut!

Advertisements
This entry was posted in Day by day. Bookmark the permalink.

One Response to Some update

  1. d says:

    byk sgt mengidam tu cik kak…hehehe
    nway take care k!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s