Kuzi Kambing

Balik kampung semasa pilihanraya yang lepas, aku sempat mencuba resipi kuzi kambing ni. Aku tengok Tirok suka sangat dengan juadah ni dan seboleh mungkin tak nak lepaskan peluang pegi rumah terbuka hari raya rumah Kamilla kalau dia jemput. Kuzi Kambing ni kira signature dish mummy Kamilla. Aku pun suka jugak. So aku carik resepi ni kat internet (yg aku try ni jumpa kt mesra.net) and cubalah kat rumah.

Kuzi Kambing

Bahan-Bahan:

1 kg daging kambing (dicuci & dipotong dadu) aku tambah tulang pasal suka nk sedut sum-sum
250 gm minyak sapi
6 ulas bawang putih (dicincang)
250 gm bawang merah (dihiris halus)
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang (leraikan kelopak-kelopak)
5 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
155 gm puri tomato dalam tin

Bahan Giling:
½ cawan ketumbar (direndang)
1 cawan daun ketumbar yang telah dicincang)
2 hiris halia
5 cm lengkuas
1 camca adas manis
1 camca jemuju
1 camca jintan manis
1 camca jintan putih
1 camca lada sulah

2 cawan air panas
1 ½ cawan tairu
Garam secukup rasa
1 camca gula maerah
1 ½ camca gula madu
1 ½ camca air mawar
250 gm buah badam (dicelur,dibuang kulitnya & digoreng )
250 gm kismis (digoreng)

Bahan Perasa:
2 camca garam
3 camca lada sulah
2 camca serbuk kunyit
½ cawan air bawang
1 camca air halia
6-8 batang lada hijau (digiling)

Cara:

Campurkan bahan-bahan perasa & gaulkan pada daging. ketepikan selama 2-4 jam. Pijarkan minyak sapi atas api yang besar & goreng daging hingga rata kuningnya. Toskan minyaknya & masukkan ke dalam periuk serta ketepikan. Goreng bawang putih & bawang merah hingga kuning dalam minyak sapi yang sama. Angkat & giling.Simpang. Masukkan kesemua rempah kering ke dalam minyak sapi yang panas & goreng selama 1 minit. Masukkan bahan giling & campuran yang telah disimpan tadi. Goreng hingga keluar minyak.Campurkan puri tomato,kemudian masukkan air & biarkan ia mendidih. Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan selama 15 minit.Masukkan tairu,daging & garam. Masakkan denagn api perlahan hingga empuk & kuahnya prkat. Masukkan campuran gula & air mawar. Kacau sesuaikan rasanya & angkat. Isikan ke dalam pinggan & hiaslah dengan buah badam & kismis. hidangkan panas-panas dengan nasi putih,roti atau jala.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4-6 orang saja

Mak dan Along aku kata sedap. Aku rasa pun sedap heheh. Tapi aku takut nak makan banyak2 pasal minyak sapi tu bila dah sejuk dia jadi tepu dlm kuali, mesti mcm tu jugaklah dlm perut aku. Takut. Aku makan kuzi dengan roti. Masa tu aku tak pandai lagik buat ‘mint sauce’. Aku blender dgn air jek hahah so cair lah. Tp skrg dah dpt resipi dia tp blum cuba lagik!

p/s: husband aku tak rasa lagik kuzi kambing ku ini sebab dia tak balik jb masa pilihanraya..

Advertisements
This entry was posted in Resipi Tangkap Leleh. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kuzi Kambing

  1. Lady K says:

    ngehehehe.. masakan mummyku menjadi pujaan suamimu 😛

    datanglah open house.. aku jmpt utk thn dpn, thn dpn2, thn dpn3, thn dpn4 dan thn2 seterusnya hehe

  2. tirokwifey says:

    Yup, dia sgt suka. Tapi aku rasa mummy kau tak guna minyak sapi kot.. pasal mummy ko nyer kuah kuzi cantik aje.. nanti aku cuba lagi sekali tak pakai minyak sapi plak heheheh

  3. aj3k says:

    eh hanim, mak mentua aku bg rempah kuzi. aku tak tau masak kuzi.. aku masak mcm masak kari and finally it tastes really kari!! mcm frust jugak lah.. tgk mcm entry ni baru tau mcm mana.. will try again!

    -tuty-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s