Temperature 40deg

CNY aku banyak dihabiskan menghangatkan dan membasahkan katil HKL. Duduk di wad kelas 3 menemukan aku dgn mcm2 orang dan tentunya macam2 penyakit. Doktor suspek aku kena denggi, demam yang sungguh pelik dan seram. Bila rasa sejuk aku gigil menggila dan kadang2 aku menggigil-kan badan untuk rasa lebih selesa. Sekejap lagi aku rasa panas sepanas-panasnya sampai basah tilam dek peluh aku. Lepas tu aku ok. Hari-hari selama 10 hari aku lalui benda yang sama, letih.

Namun dalam demam2 tu, suami sempat jugak mengheret aku ke PD bercuti 3 hari. Itupun lepas aku reject saranan doktor di Pusrawi supaya aku masuk wad lepas aku bengang dia ejek2 aku masih lagi demam sebab takmo amik ubat yang dia prescribe. Dah ubatnya sama dengan ubat klinik yang aku pegi hari sebelumnya, buat apa aku nak amik. That saves me RM75 tau. Duk HKL 6 hari pun cuma ketuk aku RM72 huhuhu.

Aku tak pernah tau denggi ni takde ubat. Duk hospital cuma baring dan masuk air berbotol2. Semua orang pesan minum-minum-minum banyak2. Tapi aku tak minum sgt pun, kecuali masa nk makan ubat demam. Takleh minum lah.. nak muntah, uek.

Duk wad mengingatkan aku hari-hari kt asrama.. kt sekolah dulu. Kipas yang berpusing laju tak pernah berhenti, katil cadar putih yang bersusun dan pintu bilik mandi yang asyik diketuk dari luar sbb aku mandi lama gila. Nurse HKL ok, walopun ada gak yang saja buat org benci supaya tak panggil mintak tolong kt dia lagi.

Aku discaj at own risk hari Jumaat lepas bertekak dgn doktor sbb nak balik JB tgok adik aku bertunang hari Sabtu. Sandal yang paling selesa tertinggal di hospital. Rasa nk gi amik tp aku taknak kembali ke katil 24 wad 24 itu.

Aku redha dgn sakit yang menimpa.. terimanya sbg kifarah atas keterlanjuran yang lalu..

Aku dan suami gelihati tgok bil hospital. Dahle RM72 je.. boleh settle dlm masa 2 minggu pulak tu.. hihihi

Advertisements
This entry was posted in Day by day. Bookmark the permalink.

4 Responses to Temperature 40deg

  1. d says:

    oh, demam ke?? patut la senyap jek..
    wafi nk balik ujung bulan ni…nk balik kl,nk jumpa awak laa.. 😉

  2. t.u-ty says:

    Dalam demam2 kau kat hospital tu, aku msg tanya pasal microsoft word kau masih boleh reply tp tak bgtau kau kat wad! Itu demam husband namanya.. hehe bak kata nanad, duk jauh2 bermain dgn emosi.

  3. ashka says:

    hehe yela. tirok, pindahla dok KL cecepat.. 😉

  4. tirok says:

    Yes mem, I’m on my way!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s