Di belakang

Aku mahu berkongsi kisah kelakar semasa aku dan suami menonton perlawanan bola sepak liga super perak-pahang di Stadium Perak malam kelmarin. Malam itu, kami tak duduk di tempat yang biasa kerana suami menjangkakan hujan akan turun. Kami duduk bertentangan dengan grandstand. Menunggu game dimulakan, aku makan buah-buahan potong yang kami beli di pintu masuk tadi. Suami makan kuew tiew favourite dia berlaukkan sosej ayam.

Suami berbisik “Akak kat belakang ni supporter Pahang kot. Dia banyak sebut nama player Pahang”. Kami senyum saja. Tak langsung rasa berada di tempat duduk yang salah kerana di sekeliling, jersi perak kelihatan di mana-mana.

Macam biasa, lepas nyanyi lagu Negaraku game pun mula. Mula saja game, akak di belakang pun mula ‘menyokong’. Awal ni memang sah dia sokong Pahang, sebab dia membodoh-bodoh kan player Perak. “Hardi bodoh” lah. “Razali Bodoh” lah. “Caceras Bodoh” lah. Aku biasa dengan penonton/penyokong lelaki samada remaja atau pakcik-pakcik yang nakal mulutnya tapi perempuan aku tak pernah jumpa. Sepanjang 37 minit awal permainan memanglah kakak ni membingitkan telinga aku. Ada juga aku dengar suara-suara macam ‘menyound’ kakak ni tp dia relax je terus memekik dan membodohkan pemain dengan bersemangatnya! Suami kalau tengok bola memang senyap dan konsentrasi betul. Tapi kalau tak faham aku tanya dia jawab juga. Kecuali kalau soalan “apa yang berlaku tadi?” dia diam malas nak layan pasal tau aku tak tengok game betul-betul tadi hahaha.

Minit ke 37, referee tangguhkan game pasal hujan lebat sangat sampai padang bertakung air dan player tak boleh nak sepak bola. Hujan memang sangat lebat. Tempias. Lebih kurang setengah jam  hujan reda. Sistem saliran/perparitan padang pun bagus rasanya sebab air cepat dapat dialirkan keluar dari padang.

Sementara menunggu ref menyambung semula perlawanan, penonton buat hal masing-masing. Aku pulak sesak nafas pasal masa ni semua orang hisap rokok! Pening. Makanan kami dah habis, nak beli pun malas. Jadi kami duduk dan berbual bisik-bisik saja. Masa ni terdengar anak akak di belakang yang dari tadi kedengaran bergurau-gurau dengan anak kawan maknya bercakap-cakap dengan maknya.

“Mak, nanti dah besar Alif nak jadi polis.”

“Lepas tu Alif nak tangkap mak. Lepas tu Alif nak tangkap ayah jugak.”

Aku dengan suami rasa mcm nak meletup perut dan mulut nk ketawa gelihati kan kata-kata adik tu dan terbayangkan mak dia tp kitorang senyap aje buat dengar sebab akak tu betul-betul belakang aku. Dahle masa tu hujan dah berhenti. Tak bising sangat. Semua orang boleh dengar pulak tu.

Mak dia jawab kat anak dia “Ha lepas tu Alif duduklah sorang-sorang takde orang jaga.”

Cepat aje anak dia jawab balik “Alif tak duduk sorang-sorang pasal Alif duduk kat Balai Polis.”

Mak dia tak jawab lagi.

Aku rasa puas hati sangat. Rasa macam kebingitan aku terpaksa dengar dia memekik bodoh-bodoh-bodoh tadi telah ditebus oleh adik tu. Huahuahuahua.

Game bersambung, saki baki separuh masa pertama dan separuh masa kedua membawa game berakhir sekitar 11.30 malam.

Antara yang kelakar di sesi kedua ni ialah, akak tadi dia sokong Perak pulak tapi tetap membodoh-bodoh-bodohkan Razali dan pemain-pemain lain. Dia juga menambah perkataan “mangkuk hayun” mungkin sebab dah bosan sebut bodoh. Dan aku macam hilang sabar dengan akak tu bila anak dia pun ikut sebut bodoh-bodoh-bodoh tu. Hish hangin!

Kelakar jugak di separuh masa kedua ini bila referee lupa nak bawa wisel setelah permainan berlangsung 5 minit. Ada yang kata wisel tercicir di padang, ada yang kata wisel tak bunyi tapi semasa ref berlari mengambil wisel dari pegawai di tepi padang dan kembali semula ke tengah padang, senyuman dia memang kelakar. Kena sorak dengan satu stadium! Player muka bengang aje.

Balik dari tengok bola, pegi makan dekat padang polo dan aku cirit birit sampai hari ini huhuhu.

Advertisements
This entry was posted in Stadium Perak. Bookmark the permalink.

6 Responses to Di belakang

  1. d says:

    moral of the story,g stadium bwk mknan byk2.. xsempat nk memaki sbb dok melantak..hehehehe jgn lupa extra food klu2 game ditangguhkn if hujan lebat.. 🙂 enjoy the game lah…

  2. tirokwifey says:

    Yaaaaa betul! hahaha

  3. tirok says:

    Oohh! sebab tu eh cirit birit…bukan sebab tempoyak petang tu? hmmm….

  4. tirokwifey says:

    Eeeeeeeei bila zamannya kite makan tempoyakkkkk??? Ada curi letak kat pinggan kite ke?? Ha baik cakap

  5. d says:

    dah2..suami isteri nk gaduh dok diam2 dlm bilik laa.. ;p

  6. mooke says:

    heheheh anim bestnya tgk bola. dulu kecik2 parents aku pun rajin bawak tgk bola…especially kalau team selangor, kl atau johor main. masa tu aku mmg sokong johor..salehan mohd som, khalid shahdan…aku jumpa dollah salleh kat pasar malam pun aku tanya dia, apsal awak tinggalkan johor? kalau ingat balik..mmg kelakar…skrg ni dah lama tak tgk bola kt msia.

    keep on writing. always enjoy reading your honest anecdotes. wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s