banjir dtg lagi

Dulu, musim cuti sekolah sgt menyeronokkan. Masa untuk bermain!

Main guli, pondok-pondok (buat rumah dalam tanah dan atas pokok manggis), kawen-kawen, konda-kondi, sembunyi ibu, ram-rem-pos, bola masuk lobang, belon acah, mandi sungai (!), rounders (bat dari papan rumah yang dikopakkan atau sudu gergasi hiasan dinding yang ayah beli sbg souvenir dari Sabah), hoki (stick buat dari bluti yang dipaku dgn papan, mmg bahaya!), bola sepak (tp guna bola tampar hahaha), AEIOU batang kayu, teng-teng kejar orang, teng-teng siang-malam, batu seremban, cekper, congkak (gali lubang atas tanah), dan banyak lagi. 

Oh, dan kami juga mempunyai sukan SEA kami sendiri. Trek balapan kami mengelilingi rumah Mak Yam (selekoh sgt berbahaya!). Garisan kami buat samada dengan menyeret sambil menekan hujung kaki ke tanah (untuk buat garisan besar)atau guna dahan rambutan (untuk buat garisan halus). 100m kami lari satu pusingan. 200m pula kami lari 2 pusingan. Lari berganti2 (relay) pun ada. Acara marathon tak ada. Untuk acara lompat tinggi, palang kami buat dari buluh dan tiada tilam untuk menyambut kami! Hanya tanah yang digemburkan menggunakan cangkul (dan cangkul bentuk garpu). Serbaguna untuk lompat jauh juga hahaha.

Dan aku juga takan lupa betapa kecutnya perut bila dengar bunyi moto katak ayah kalau tengah main. Aku akan pecut (kadang2 tersungkur) untuk pastikan aku naik atas rumah dulu sblum ayah (aku duk rumah kayu, tinggi. Ayah parking kt belakang rumah. aku akan lompat tangga rumah naik ke Anjung n buat-buat mcm biasa hehehe. Mati woo kalau ayah tau kitorang berjalan aje..)

Zaman aku dah berlalu tp aku masih dapat melihat suasana yang sama bila balik kampung. Adik-adik sepupu aku ramai yang tgh membesar. Kesian aku tgok. Bila banjir mcm ni mana diorang nk main ek? Huhuhu

Time banjir lagi seronok kot?? Ala-ala monsoon cup!

Ya! lebih seronok!

Advertisements
This entry was posted in Terkenang semasa dulu. Bookmark the permalink.

2 Responses to banjir dtg lagi

  1. t.u-ty says:

    aku wonder apa diorg guna nak buat perahu layar sempena ‘monsoon cup’ ni

  2. Lady K says:

    pdnlah kau adik-beradik ratu pecut dulu. rupanya dah siap2 training kat umah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s