6

Audit dulu sebelum korang flush itu benda..

Amaran sebelum membaca entry ini, sila pastikan anda bukan sedang makan.

Sesiapa yang pernah jadi roomate aku tentu tau tabiat aku yang suka bergelap. Duduk dlm bilik tak suka lampu terang-terang. Mandi pagi-pagi pun tak suka buka lampu bilik air. Ntahla, aku rasa selamat dan dan sangat selesa bila gelap atau cahaya suram.. Bila terang aku rasa tak best.

Aku sebenarnya nak cerita tentang najis. Hahaha! Iye, najis atau tahi atau taik korang selalu sebut. Seperti yang aku cakap, ketika melabur aku tak bukak lampu. Tp menjadi habit aku untuk melihat pelaburan aku sebelum aku flush hahaha. Bukan ape, takut rindu hahaha. Tadi aku sangat  tekejut beruk sbb tgok mak oii hitam giler kaler dia. Bayangkan, dalam suram2 cahaya tu pun aku leh nampak kaler dia luar biasa gelap. So aku on lah suis lampu. Sori kalo korang geli, tapi aku nk cerita dia punya hitam tu sampai aku nyer mangkuk tandas tu mcm kena conteng arang. Aku ni biasalah, takut dan panik lah. Aku mcm dah perasan semalam tapi nak tunggu tgok hari ni punya dulu baru nak panik-panik hehehe.Dahler sorang opismate aku baru kena diagnosed ada kanser usus besar. Tanpa melengahkan masa aku terus on pc dan menggoogle ‘najis warna hitam’. Err.. lupa nak bagitau, aku dah cuci semua yg patut tau sblum kuar jamban, heheheh.

Syukur alhamdulillah, penemuan aku melegakan hati. Heheh, aku baca kat sini rupanya najis warna hitam mcm tar tu kesan daripada pengambilan zat besi/iron yang doktor prescribe kat aku. Dia ckp hemoglobin aku rendah. Ntahlah, yang tu aku tak kaji banyak2. Tapi sejak balik dari hospital tu mmg laa husband aku asyik kerja masak sayur bayam, daging ngan kuey tiaw kerang, ikut nasihat doktor agaknya. Nak makan hati lembu mcm tak sedap laa pulak aku rasa.. tapi keras rebus mmg sedap. Nyumm nyumm slurrrrpp

Papepun, aku harap yg jadi kaler hitam tu benda dalam usus besar ajelah.. benda2 yang lain harap2 takler jadik hitam mcm tu.. mintak dijauhkan huhuhuhu…